Permasalahan gejala sosial adalah isu sejagat yang melanda kehidupan manusia sepanjang zaman. Kehidupan masyarakat yang porak poranda berpunca daripada wujudnya golongan yang rosak akhlak, dengan membelakangkan agama dan mengutamakan runtunan hawa nafsu.Fenomena keruntuhan akhlak dijelmakan melalui tabiat mensyirikkan Allah, menagih arak, berjudi, berzina, memperalatkan wanita, berfoya-foya dan cintakan hiburan yang melampau.Oleh itu, bagi mengelakkan keruntuhan akhlak, Rasul dan Nabi diutuskan Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah kehidupan yang mulia dan berakhlak.Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk memperbaiki akhlak yang mulia dan terpuji. Ini dijelaskan dalam hadis yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak kamu.”Di negara kita, hampir setiap hari ada saja berita atau cerita mengenai gejala sosial yang melanda masyarakat dan perlakuan buruk itu bukan hanya membabitkan golongan remaja tetapi juga di kalangan dewasa.Di antara beberapa fenomena gejala sosial yang amat membimbangkan kita ialah penagihan dadah, penagihan arak, bohsia, pergaulan seks bebas, mat rempit, penderaan kanak-kanak, rogol dan melepak.Fenomena ini mengancam pembangunan dan kesejahteraan hidup. Permasalahan ini menjejaskan masa depan sesebuah keluarga, kerana diganggu gugat anggota keluarga yang rosak akhlak.Ibu bapa berhadapan pelbagai masalah seperti tekanan hidup dan kehabisan harta benda kerana ancaman kehendak nafsu jahat di kalangan segelintir anak.Pada peringkat masyarakat, gejala sosial mengancam kebahagiaan dan kesejahteraan hidup, kerana terpaksa menghadapi ancaman dan gangguan golongan perosak masyarakat.Di peringkat negara, pembabitan anggota masyarakat dalam kegiatan tidak bermoral bukan saja membazirkan jutaan wang ringgit, malah hilangnya tenaga pelapis yang sepatutnya mewarisi kepemimpinan negara.Mengikut laporan Agensi Anti–Dadah Kebangsaan, sebanyak RM19 juta setahun dibelanjakan untuk pemulihan penagih dadah di seluruh Negara. Manakala, Majlis Aids Negara membelanjakan sejumlah RM40 juta setahun untuk mangsa Aids di seluruh negara.Justeru, menjadi tanggungjawab semua menangani masalah ini daripada terus berleluasa dan adalah tidak wajar sama sekali kita menuding jari menyalahkan pihak lain tanpa memberi sebarang sumbangan dalam menghadapi ancaman.Masalah keruntuhan akhlak di sebabkan pelbagai punca yang kait mengait antaranya kurang pengetahuan agama, kurang prihatin segelintir ibu bapa terhadap anak, pengaruh media massa dalam aktiviti hiburan yang melampau, kemunculan pusat hiburan yang tidak terkawal, pengaruh persekitaran dan sikap masyarakat yang individualistik.Sebagai Muslim, kita perlu insaf bahawa Islam mewajibkan umatnya sentiasa menghayati dan melakukan kebajikan dalam apa juga kegiatan sama ada dalam bidang ekonomi, politik, penyiaran, pendidikan, hiburan, sukan dan sebagainya.Disamping menegah sama sekali segala bentuk keburukan dalam segenap gerak kerja harian.Sesungguhnya syariat Islam yang lengkap menyediakan pelbagai panduan kepada kita dalam melaksanakan kegiatan kehidupan duniawi.Menghayati sepenuhnya panduan syariat Islam menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan semua pihak.Membelakangi tuntutan syariat dalam sebarang kegiatan walaupun hanya dilakukan segelintir masyarakat tetapi kesannya boleh menyebabkan kepincangan kepada semua orang bukan hanya kepada pelaku saja.Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana saja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia.” (Surah Ali-Imran, ayat 112)Banyak cara untuk mengatasi berlakunya gejala sosial seperti mempertingkatkan program penyebaran Islam kepada seluruh lapisan umat Islam di seluruh negara secara terancang, komited dan konsisten.Kerjasama bersepadu di antara agensi kerajaan dan bukan kerajaan perlu digerakkan untuk melaksanakan program ini.Pentingnya usaha dakwah banyak diingatkan Allah dalam firman yang bermaksud: “Serulah manusia kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang mengetahui orang yang mendapat petunjuk.” (Surah an-Nahli, ayat 125)Permasalahan keruntuhan akhlak juga dapat dikurangkan jika semua pihak memahami dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebagai pemikul amanah Allah, iaitu kewajipan memakmurkan dunia ini dengan dasar, nilai dan falsafah keagamaan.Adalah menjadi tanggungjawab setiap muslim, walau dari apa juga latar belakang kerjaya memikul amanah Allah dengan memastikan apa jua kegiatan mestilah berlandaskan semangat ibadah.Firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang yang beruntung.” (Surah Ali-Imran, ayat 104)Kesedaran melaksanakan amar makruf semakin lemah mutakhir ini. Oleh itu, sewajarnya kita membudayakan prinsip hidup bermasyarakat yang mengangkat martabat umat Islam pada zaman kegemilangannya.
Friday, October 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment