Wednesday, October 22, 2008
KoNsEp bLogG SayA...
Monday, October 20, 2008
KoNSep NeGaRa IsLam DaN MaTlamaTnNa
1. Matlamat Khulafah. Iaitu tugas yang maha besar yang diisytiharkan oleh Allah kepada para malaikat. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat. Sesungguhnya Aku akan jadikan di muka bumi itu khalifah."
Para ulama mentakrifkan Khulafah itu sebagai “Mengalang-ganti keNabian di dalam perkara memelihara agama dan mentadbir dunia dengannya (iaitu dengan agama).
Dari takrif tersebut, kita dapati dua unsur terpenting di dalam tujuan kejadian
- Menjaga agama
- Mentadbir dunia
Menjaga agama dilakukan dengan melaksanakan dua perkara pokok.
a) Menegakkan Islam dengan menyatakan kepada manusia seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat RA dengan menyatakan apakah Islam yang sebenar kepada seluruh manusia dan membuktikan kebaikan ajaran dan hukum-hukumnya di samping mempertahankan dari musuh.
b) Melaksanakan Islam dengan mengamalkan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya dalam semua urusan. Termasuk juga di dalamnya urusan bermasyarakat dan bernegara. Menyeru dan mengajak manusia kepada melaksanakan perintah agama dan bertindak ke atas sesiapa yang tidak melakukannya, di samping mencegah kemungkaran dan kejahatan dengan kuasa pemerintah.
Mentadbir dunia dengan agama ialah menghayati bahawa urusan dunia itu termasuk juga di dalam urusan agama. Ia mestilah patuh kepada perintah agama. Apa yang dimaksudkan ialah segala urusan negara yang membawa kepada kebaikan dan menolak keburukan tidak akan sempurna dan tidak dapat disempurnakan melainkan dengan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT terutamanya perkara-perkara yang berhubung dengannya.
1. Menegakkan keadilan di kalangan manusia
Ciri-ciri utama mentadbir dunia dengan agama ialah beriltizam sepenuhnya dengan keadilan kerana ia menjadi tunggak yang menguatkan negara. Sebenarnya kezaliman itu tidaklah menandakan kekuatan negara tetapi menandakan keruntuhannya.
Di dalam Islam makna adil ialah meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya menurut hukum Islam. Dengan keadilan itu terjamin pemberian hak kepada yang berhak dan tidak berlaku zalim kepada yang berhak. Pemerintah hendaklah bertindak menentang kezaliman daripada diri sendiri. Al-Alamah Ibnu Khaldun menjelaskan makna zalim di dalam kitabnya Al-Muqqadimah:
Janganlah kamu menyangka zalim itu mengambil harta atau merampas milik tanpa alasan dan gantian yang wajar seperti diketahui umum, tetapi zalim itu bermakna lebih luas dari itu. Zalim itu ialah setiap orang yang mengambil milik orang lain atau merampas di dalam kerjanya, atau membuat permintaan yang tidak sebenar, atau mewajibkan kepada seseorang dalam perkara yang tidak diwajibkan oleh hukum syarak. Oleh itu mengambil cukai dengan cara yang tidak benar adalah zalim, bertindak mencari kesempatan daripadanya adalah zalim, menghalang hak orang lain adalah zalim. Kesemua akibat penyakit zalim yang berlaku menjadi bebanan negara ke arah membawa keruntuhan.
Bagi menegakkan keadilan, pemerintah wajib memberi tugas urusan negara kepada orang yang berkelayakan dan mempunyai sifat yang baik. Bukannya berdasarkan kepada orang yang berada di sekeliling pinggang tanpa membezakan di antara pengampu dan penasihat.
Pemerintah juga hendaklah mengawasi jentera kerajaan dan petugas-petugasnya agar mengikuti jalan yang sebenar dan tidak cuai dalam mengendalikan urusan negara untuk umatnya. Di dalam kitab Fiqah Siasi di sebut al-Hasabah atau Nizamul Hasabah perlu di wujudkan. A Hasabah ialah satu badan yang diberi kuasa penuh bagi menjalankan tugas munasabah terhadap perjalanan pentadbiran dan hal ehwal rakyat di samping menerima pengaduan rakyat.
2. Membentuk pandangan yang mulia dan kebebasan pendapat yang bermaruah.
Dengan menggalakkan amar makruf dan nahi mungkar dan nasihat menasihati maka terbentuklah satu umat yang dinyatakan di dalam al-Quran yang bermaksud:
“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dijadikan untuk manusia, kamu menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.”
Dan Allah SWT melaknat umat yang tidak wujud sifat-sifat tersebut. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dilaknati akan orang-orang Kafir di kalangan Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa bin Maryam, yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas, mereka selalu tidak melarang antara satu sama lain dalam perkara mungkar yang mereka perbuat, sesungguhnya amat buruk apa yang selalu mereka perbuat itu.”
Di antara sifat yang berlaku sekarang ialah tidak memberi kebebasan kepada akhbar untuk mengkritik walaupun yang membina menurut Islam, di samping itu memebebaskan ruang yang menggalakkan kemungkaran, dan di antaranya ialah menutup penyelewengan dan kezaliman yang berlaku.
3. Menghormati taraf kemanusiaan.
Di antara peranan yang dilakukan oleh Negara Islam itu ialah menghormati dan mempertahan taraf kemanusiaan sebagai makhluk yang mulia di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam. Kami menanggung mereka di daratan dan dilautan. Kami berikan mereka rezeki yang baik-baik dan Kami lebihan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.”
4. Menegakkan keamanan dan kestabilan
Negara Islam berkewajipan menjamin keamanan dan kestabilan negara demi memelihar kepentingan agama, nyawa, akal, kehormatan dan perkembangan harta benda. Ini semua dapat dijalankan dengan cara yang sempurna apabila undang-undang negara dan sistem dalam segala aspek dilaksanakan secara menyeluruh menurut undang-undang dan sistem Islam.
5. Menyediakan keperluan rakyat
Di antara perkara yang termasuk di dalam urusan pentadbiran dunia dengan agama ialah menyediakan kemudahan-kemudahan rakyat di dalam semua kehidupan mereka. Dari segi ilmu, pemerintah mestilah menyediakan pusat-pusat pengajian di semua peringkat dan jurusan. Dari segi ekonomi, pemerintah hendaklah memberi kemudahan pekerjaan seperti di dalam sektor industri, pertanian, perdagangan dan lain-lain. Ini termasuk dalam perkara-perkara yang menyentuh kepentingan umum ataupun memberi kemudahan dan perlindungan dalam perkara yang dilibatkan oleh rakyat secara langsung.
6. Menggalakkan perkembangan kemajuan negeri dan rakyat
Di dalam urusan dunia yang ditadbir dengan agama, pemerintah juga haruslah menggalakkan perkembangan kemajuan negara dan rakyat seperti menggalakkan pelaburan yang berfaedah sama ada dari dalam atau dari luar negeri. Di samping itu kerajaan juga haruslah menyediakan kemudahan-kemudahan asas bagi membantu kemajuan negeri dan rakyat.
Al-Imam Abu Yusof telah menyebut di dalam kitab al-Kharaj:
Untuk menggalakkan pertambahan hasil negara dan kesenangan rakyat agar bertambah hasil pertanian yang dengannya maka akan bertambahlah zakat yang diambil dari orang Islam dan kharaj dari orang bukan Islam, pemerintah hendaklah menyediakan kemudahan taliair untuk para pertani dengan perbelanjaan pemerintah.
BaIti JaNNaTi
PeSTa SeKs PeLaJAr IPTA
Wednesday, October 15, 2008
WaKtU-WaKtU YaNg MuSTajAb DoAnyA
(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak".
(3). Setiap Selepas Solat FardhuDari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab."Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai solat fardhu".(4). Ketika Saat Perang BerkecamukDari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat azan dan doa ketika perang berkecamuk". (5). Sesaat ketika Hari Jum'atDari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatanseorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.(6). Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berzikir Kepada AllahDari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya" . Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.(7). Doa Di antara Adzan dan IqamahDari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah". (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. (8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam ShalatDari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.(9). Ketika Saat Sedang HujanDari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan". Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim.(10). Ketika Saat Ajal TibaDari Ummu Salamah bahawa Rasulullah 'alaihi wasallam mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau 'alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda."Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akanmengikutinya' . Semua keluarga histeria. Baginda 'alaihi wasallam bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan"(11). Ketika Lailatul QadarAllah Subhanahu wa Ta'ala berfirman."Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan.(12). Doa Ketika Hari ArafahDari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah".
aL-SiAsAh FiL IsLaM
“Sasa- yasusu- siyasatan wa riasah” yang membawa maksud tadbir, perintah, mengetuai ( Lisan al-Arab, Dar al-kutub al-ilmiah)
Manakala menurut istilah para ulama’ terdahulu terbahagi kepada dua, iaitu :
1. Makna ‘Am : Mentadbir urusan manusia dan urusan dunia mereka dengan syariat Deen. Dengan ini kita dapati mereka mentakrifkan ‘Khilafah’ sebagai :
2. Makna Khas : Tindakan-tindakan yang dibuat oleh Imam (Pemerintah) berdasarkan sumber-sumber, bertujuan untuk menghalang kerosakan dan mencegah kerosakan yang belum melanda atau suatu langkah pemulihan. [3]
Menurut As-Syahid Imam Hasan Al-Banna : ‘Siasah adalah kajian tentang persoalan umat Islam samada dalam dan luar negeri, ia tidak terikat dengan ikatan kepartian semata-mata” [4]
Sejak berkembangannya fahaman Sekularisme di kebanyakan pelusuk dunia, ramai menjadi terkeliru dengan istilah-istilah seperti ‘politik kotor’, tiada politik dalam Islam, Islam tiada kaitan dengan politik dan pelbagai lagi. Justeru percubaan memisahkan politik dari prinsip Islam ini sentiasa diperjuangkan oleh musuh-musuh Islam dan anak buahnya, malah juga terdiri dari kalangan umat Islam sendiri. As-Shahid Sayyid Qutb berkata ; Islam yang dikehendaki oleh Amerika dan kepimpinannya di Timur Tengah, bukanlah Islam yang menentang penjajahan, kezaliman, komunisme tetapi sebenarnya mereka tidak mahu Islam memerintah, mereka mahu Islam yang membicarakan perkara yang membatalkan wudhu’ sahaja, dan bukan persoalan ekonomi Islam, Politik Islam, Masyarakat Islam dan Kewangan Islam. Bagi mengembalikan kefahaman umat, menjadi kewajiban bagi merujuk kepada rujukan utama Islam dalam hal kesempurnaan Islam dalam kepelbagaian bidang kehidupan.
Dalil Pertama : Dari Al-Quran
Firman Allah SWT :
Mafhum : Sesungguhnya orang yang kami berikan kepada mereka kekuasaan di atas muka bumi, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh kepada kebaikan, melarang kemungkaran, dan kepada Allah mereka menyerahkan penghujung sgl usaha” (Al-Haj : 41)
Ayat di atas dengan jelas lagi terang menerangkan fungsi dan peranan pemimpin. Ia secara langsung menyentuh isu politik.
Dalil Kedua : Dari Al-Hadith
1. Sabda Nabi SAW :
Mafhum : “Apabila keluar tiga orang semasa bermusafir maka telah mesti ke atasnya melantik seorang darinya sebagai ketua” ( Riwayat Abu Daud dan At-Tabrani, dengan sanad yang shohih) [6]
Perkembangan ilmu politik Islam tidak terlepas daripada pandangan para pimpinan Islam sejak kewafatan Rasulullah SAW. Antaranya tandanya bolehlah kita melihat kepada buku-buku yang dikarang berkaitan tajuk ini, antaranya fiqh Umar al-khattab ra yang begitu banyak membuat pembaharuan dan ijtihad dalam perkara-perkara umat Islam (Mausu’ah Fiqh Umar Al-Khattab oleh Dr. Muhd Rawwas Qal’ah Ji), manakala antara buku terawal mengenai siyasah ditulis oleh al-Qadhi Abu Yusof Ya’qub B Ibrahim al-hanafi ( m 183 H) bertajuk Al-Kharraj, Yahya Adam al-Quraisy (m 204 H) bertajuk Al-Kharraj, Abu Ubaid al-Qasim ( 224 H) bertajuk Kanzul al-amwal, seterusnya Imam Ibn Qutaibah ( 267 H) bertajuk ‘Al-Imamah wa al-Siyasah’ ‘,setersunya al-Madinah al-Fadhilah, oleh Abu Ali Bin Sina ( 428 H). Manakala penulisan oleh Imam al-Mawardi as-Syafie (m 450 H) bertajuk adab al-wazir’ dan juga al-ahkam as-sultaniyah, Abu Ya’la al-Farra al-hanbali (458 H) bertajuk al-ahkam as-sultaniyah, Imam haramian al-syafie (476 H) bertajuk Ghiasu al-umam, penulisan oleh Shihabuddin al-Qarafi bertajuk ihkam al-ahkam fi tamyiz al-Fatwa , seterusnya Imam Ibnu Taimiyah al-Hanbali (728 H) bertajuk al-siyasah al-syariyyah fi islah al-ra’ wa al-raiyyah, Imam Ibnu Qayyim al-hanbali (749 H) Turuq al-hukmiah dan Al-Ahkam Ahli Dzimmah, Imam Ibnu Rejab al-hanbali (795 H) bertajuk al-istikhraj fi ahkam al-kharraj dan banyak lagi, sehinggalah ke hari ini. Ini membuktikan bahawa ilmu siyasah Islam bertali arus dari sudut perhatian para ulama’ terdahulu sehinggalah sekarang.
HUkUm MenJuaL TuDunG YaNg TidAk mEnuTup AuRat
أكره بيع العصير ممن يعصر الخمر
Ertinya : "Aku benci penjualan anggur kepada mereka yang memerah untuk dijadikan arak" [3]
Dalam erti kata lain, penjual tersebut menjual anggur serta mematuhi segala syarat-syarat jual beli Islam. Apa yang akan dilakukan selanjutnya oleh pembeli adalah di luar bidang urusan penjual. Namun sekiranya penjual itu ketika berlakunya aqad jual-beli berniat jahat untuk menjual dengan tujuan menyumbang kepada kerosakan dan kejahatan yang akan dilakukan oleh pihak pembeli, maka niatnya adalah haram atau maksiat tetapi aqad tersebut tetap sah. Contohnya barang yang dijual dan disembunyikan kecacatan (‘aib) barangan tersebut, di mana hukum ke atas aqad tersebut adalah satu perkara dan kesan daripada aqad tersebut adalah perkara yang lain. Al-Shirazi mengatakan: "Makruh (yukrah) menjual anggur untuk dibuat arak, kurma untuk dibuat arak (al nabiz) dan menjual senjata kepada golongan yang memusuhi Allah. Ini adalah kerana penjualan tersebut dianggap membantu ke arah maksiat. Sekiranya dijual kepada golongan tersebut, jual beli tersebut dianggap sah, kerana bukanlah penjual yang menghasilkan arak, dan bukanlah dia memerangi Allah dengan senjatanya. Kesimpulannya, sekiranya anda bersangka agak kuat bahawa pembeli tidak akan menggunakannya untuk menutup auratnya dengan baik, maka jualan itu menjadi makruh.
Friday, October 10, 2008
UnDaNg-UnDaNg MaSa KiNi DaN WaNiTa
PerBanKan IsLaM, MaSa DePaN PerBaNkAn DuNiA
Umum menyedari krisis ekonomi yang melanda Amerika Syarikat (AS) kini menjejaskan dan mempengaruhi pasaran saham dan ekonomi dunia secara langsung.Pasaran saham Malaysia juga tidak terlepas daripada tempias ini apabila pelabur dilihat berhati-hati menjalankan urus niaga masing-masing kerana khuatir dengan keadaan yang tidak menentu kini.Ini sedikit sebanyak menjejaskan pertumbuhan ekonomi serta keyakinan para pelabur asing untuk menjalankan perniagan mereka di sini. Pun begitu, sekurang-kurangnya ia lebih baik berbanding keadaan satu ketika dahulu apabila ekonomi negara ini banyak bergantung dengan keadaan pasaran AS.Meskipun AS masih kekal sebagai pelabur asing terbesar di sini, Malaysia kini mula mengalih tumpuannya ke pasaran-pasaran bukan tradisionalnya seperti Amerika Latin, Afrika, Rusia dan China selain Timur tengah dan negara-negara Islam yang kini semakin berkembang ekonominya.Dengan tumpuan yang semakin banyak diberikan kepada negara-negara Islam, keadaan ekonomi negara dilihat semakin tidak bergantung kepada AS, sekaligus mengurangkan kesan krisis sub prima yang dihadapi oleh negara itu sekarang.Disebalik semua krisis yang berlaku ini, amat menarik untuk mengetahui bahawa pasaran perbankan Islam tidak menerima kesan akibatnya, malah dijangkakan untuk berkembang sebanyak 20 peratus tahun ini.Ia bakal menjadi faktor penarik yang membolehkannya untuk bertapak di pasaran selain negara-negara Islam seperti kebiasannya, iaitu di Eropah dan Amerika. Masyarakat umum juga sudah mula kurang bersetuju dengan dasar-dasar tidak “mesra pelanggan” yang diamalkan oleh bank-bank perdagangan konvensional ini. Kadar faedah yang terlalu tinggi misalnya amat menekan peminjam. Contoh terbaik ialah apa yang berlaku di AS sekarang.Pakar-pakar beranggapan krisis di AS disebabkan pemberian pinjaman secara berlebihan, kepada mereka yang tidak mampu membayarnya. Apabila terdapat terlalu banyak peminjam yang tidak mahu melunaskan bayaran masing-masing, mereka yang masih belum meminjam tetapi berhasrat untuk berbuat demikian mengahadapi kesukaran melakukannya kerana bank kini mula mengetatkan syarat.Kesannya amat dirasai oleh pengguna di negara berkenaan, terutamanya kepada mereka yang baru pertama kali hendak membeli dan membuat pinjaman perumahan.Perbankan Islam yang kini mempunyai pasaran sekitar US1 trilion (RM3.1 trilion), merupakan antara sektor perbankan yang paling pesat membangun di peringkat antarabangsa.Ciri utama yang membezakan perbankan Islam dengan sistem konvensional ialah tiadanya caj faedah, dan keuntungan yang didapati bukannya hasil daripada yang dilaburkan dalam bidang haram seperti arak, judi, pornografi dan sebagainya.Bagi Malaysia pula, sektor ini dan takaful Islam berkembang antara 19 dan 25 peratus dalam tempoh enam tahun lepas. Kejayaan sistem kewangan Islam ini boleh dijadikan contoh kepada lebih banyak pengunaan sistem lain yang juga berasaskan Islam pada masa hadapan. Adalah tidak mustahil untuk melihat lebih banyak perundangan berdasarkan Islam digunakan secara global pada masa akan datang.
DaKwaH ATaSi GeJalA KErUnTuHaN aKHLaK
Thursday, October 9, 2008
PeNdIDikAn AwAL KaNak-KaNaK HaDHaRi
Wednesday, October 8, 2008
BaGaIMaNa MenJaDi IsLaM DaN Mu"MIn SEjATi
1.Ciri Pertama
Seorang mukmin sejati mempunyai iman yang teguh dan kuat, tidak mudah bergoyang atau rapuh, mempunyai cita-cita luhur yang tidak kunjung padam sentiasa mengerjakan kebaikan, selalu hidup di dalam perjuangan, menjauhkan diri daripada kejahatan, sabar di dalam menghadapi cubaan dan menunjukkan keperibadian yang baik. Dia tidak gugup dan hilang akal bila menghadapi sesuatu yang buruk, sebaliknya dia tidak lupa daratan dan hilang perseimbangan dikala memperolehi nikmat. Apabila ditimpa musibah dia bersikap sabar. Di dalam kehidupannya sentiasa terpancar ketenangan dan kedamaian. Kehidupan yang bahagia.Hal inilah yang digambarkan oleh Allah di dalam Al Quran:
"Seseiapa yang melakukan perbuatan yang baik, lelaki atau perempuan di dalam keadaan dia beriman, nescaya Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik (Tayyibah) dan Kami berikan kepadanya balasan (pahala) yang lebih beik daripada kebaikan yang mereka kerjakan."
(Surah An Nahli: 97)
Kehidupan Toyyibah yang dimaksudkan adalah tersimpul di dalamnya segala kenikmatan dan kebahagian, baik yang bersifat jasmaniah atau rohaniah, bukan sahaja di dalam kehidupan di dunia ini tetapi juga kehidupan di akhirat kelak.
2.Ciri Kedua
Seorang mukmin sejati ialah seorang yang sentiasa membuatkan menafaat baik untuk dirinya sendiri mahu pun terhadap orang lain. Islam telah meletakkan beberapa larangan terhadap perbuatan yang merosak dan merugikan, baik terhadap peribadi atau masyarakat. Umpamanya berzina, berjudi, minum arak dan berbagai perkara yang merosakkan diri dan masyarakat. Orang lemah imannya tidak mampu mengendalikan dirinya terhadap larangan tersebut, walaupun dia menyedari akan akibat buruk yang akan ditempuh. Berbeza halnya dengan orang mukmin yang kuat imannya. Dia sentiasa berusaha menghindarkan perbuatan yang merugi dan merosakkan dirinya dan orang lain. Rasulullah s.a.w bersabda
"Sebaik-baik manusia itu ialah mereka yang memberi menafaat kepada manusia yang lain."
3.Ciri ketiga
Orang mukmin sejati ialah mereka yang hanya meminta pertolongan dari Allah di dalam menghadapi sesuatu kesulitan. Kita dapati perbezaan orang yang lemah dan orang yang kuat imannya. Orang yang lemah imannya selalu gelisah, gugup, hilang pegangan dan pegangan. Dia mencari pertolongan kepada sesiapa sahaja. Yang dianggapnya dapat menringankan kesulitan dan konflik jiwa yang dideritainya itu, walaupun pertolongan itu hanya sementara sahaja di dunia yang fana ini. Akan tetapi mukmin yang sejati, hanyalah yang meminta pertolongan dengan Allah. Ia memohon terus dengan Allah, tanpa ada perantaraan orang lain. Sebab dia yakin kuasa yang menentukan pada saat yang terakhir ialah Allah s.w.t. tanpa mengabaikan ikhtiar dan usaha dari manusia itu sendiri.
"Kepada Engkaulah (Allah) kami menyembah dan kepada Engkaulah kami memohon perlindungan."
(Al Fatihah: 5)
4.Ciri Keempat
Sebagai orang mukmin yang sejati, tidak bersikap lemah, yang dimaksudkan disini bukan sahaja lemah fizikal atau tubuh badan tetapi akal dan jiwa terutama sekali rohaniah. Jiwa atau semangat yang kental yang tidak dapat dipatahkan sekalipun jiwanya terancam dan terkorban. Orang yang beriman sentiasa mempunyai pengharapan, kegembiraan dan optimis. Dia tidak mudah patah hati, tidak mudah berhenti berjuang atau menyerah kalah. Kepercayaan yang padu di dalam jiwanya bahawa setiap perbuatan yang baik akan diberi pahala kelak di dalam menanamkan semangat pengharapan kepadanya dan menjadikan pegangan baginya, bahawa setiap usaha dan perjuangan akan berhasil. Dia selalu berpegang kepada petunjuk Ilahi sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Jangan putus harapan kepada kurniaan Allah, sesungguhnya yang berputus harapan kepada kurniaan Allah itu hanyalah orang-orang yang kafir."
(Yusuf: 87)
5.Ciri Kelima
Orang yang beriman tidak menyesali keadaan yang ada pada dirinya. Dalam kehidupan ini, manusia silih berganti dengan kesenangan dan kesusahan, kekayaan dan kemiskinan, kemenangan dan kekalahan, berjaya atau gagal. Di waktu bertemu dengan kesusahan dan kemiskinan, kekalahan dan kekecewaan, janganlah mengeluh menyesali keadaan. Hendaklah sentiasa yakin dan faham bahawa setiap perbuatan dan hal itu daripada Allah s.w.t yang tentunya mempunyai hikmah dan kebaikan yang kita tidak tahu.
Berkata ulama sufi:
"Keputusan Allah telah putus dan hal telah terjadi. Oleh itu rehatkanlah hatimu dari perkataan andaikata dan kalau."
Firman Allah:
"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu."
(Al Baqarah: 216)